Ahad, 16 Mei 2010

TAHLIL ARWAH IBU TERSAYANG

Sepupu aku,Zali dan Hasan
Orang kampung aku
Sedang menjamu selera selepas tahlil.

15 Mei 2010,Sabtu malam Ahad,genaplah 7 hari ibu tersayang meninggalkan kami.Aku telah mengadakan taklil arwah pada hari pertama,kedua dan ketiga dan seterusnya pada hari ke tujuh
iaitu pada 15 Mei 2010.

Aku,isteri aku Haniza,anak aku Harir dan Hanis serta Yana membantu menguruskan majlis tahlil ini memandangkan ayahku sudah tidak larat untu menguruskannya.Majlis tersebut kami buat di rumah ayah aku.

Alhamdullillah,sepupu aku seperti Sidek,Zali an Hassan serta anak sepupu aku Man dari Bukt Kuang hadir sama.Rakan-rakan dari Pasir Gajah lebih kurang 100 orang hadir dalam majlis tahlil itu.Ya Allah,kau cucurilah rahmatmu ke atas ROH ibuku.

Isnin, 10 Mei 2010

IBU TERSAYANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

Jenazah Allahyarham Ibu Tersayang Disemadikan Di Sini

SABTU,8 mEI 2010,tepat jam 417 petang....ibu tersayang Lijah bt Sulong telah dijemput menemui Allah.Ibu tersayang telah pergi buat selama-lamanya setelah bertarung dengan penderitaan selama 45 hari akibat serangan angin ahmar pada 23 Mac 2010.

Detik penderitaan ibu Lijah bt Sulong bermula pada tengahari apabila serangan darah tinggi menyebabkan ibu ku Lijah tersayang jatuh dan tidak dapat bangun seketika.Pada jam 3.00 petang,aku gagahi membawa ibuku tersayang ke klinik dan disahkan diserang darah tinggi iaitu melebih 200.Aku terus membawa ibuku ke hospital dan disahkan terkena minor strok.....

Setelah dua hari berada di hospital,ibuku dibenarkan dibawa pulang,tetapi kesihatannya semakin merosok dan tidak berupaya untuk makan maupun berjalan.Setelah puas berubat....doktor menasihati aku dan memaklumkan yang ibuku sukar untuk makan.

Setelah bertarung dengan penderitaan yang amat sangat,akhirnya pada hari Sabtu,jam 417 petang 8 Mei 2010,ibuku sempat memandang ku apabila namanya dipanggil dan menitiskan air matanya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.Ibu pergi di hadapan ayah,abang Ismail dan isterinya serta di dalam dakapan aku......Ibu....sekarang aku baru mengetahui bahawa aku amat rindukan dirimu.....aku Redha permegianmu Ibu....agar penderitaan yang kau tanggung tidak menyeksa dirimu..

Aku doakan agar ROHMU berada di sisi para solehah..Ibu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pasir Gajah pada pukul 12.00 tengahari 9 Mei 2010,hari Ahad.Alfatihah buat ibu LIJAH BT SULONG tersayang.


Sabtu, 1 Mei 2010

HANIS JUARA MSST 2010 MEMANAH P12

Medal yang Hanis menang di MSST
Hanis dengan medalnya

Yana dan Hanis bergaya dengan medal


Hanis bersama raka dari SKAP bergambar



Pertandingan memanah peringkat MSST yang mana dijalankan di Kuala Terengganu
pada 22 - 25 hb April 2010. Seramai 6 orang pelajar telah mewakili daerah Kemaman. Seorang pelajar perempuan Nurul Hanis bt Mat Zaik dari SK Air Puteh,Kemaman telah berjaya mengondol 5 pingat emas dalam acara untuk murid 12 tahun dan akan mewakili Terengganu ke pertandingan MSSM yang akan berlangsung di Negeri Sembilan kelak. Semoga berjaya diucapkan.