Selasa, 29 November 2011

LUTUT ABAH BELUM SEMBUH LAGI..KATA DR

Pembalut kaki abah
Parut tempat abah dibedah


Lutut abah bengkak...Mengapa ya?

Bekas luka apitan pemegang tulang


Pada 28 Nov 2011,Isnin setelah genap 6 minggu abah diberi cuti dengan kaki berbalut simen akibat pembedahan lutut, hari ini...temujanji dengan doktor pakar bedah telah dilakukan.Setelah selesai membuat x-ray yang baru untuk melihat tahap kecantuman tulang yang diskru....abah dibawa oleh isteri ke Klinik Pakar,tepat jam 1045,saya dipanggil oleh Nurse yang kebetulan orang kampung abah {Nurse Engku Suhaibah} untuk memeriksa tekanan darah...biasa sahaja 133 atas dan 68 bawah.Saya meminta untuk ditimbang dan ternyata berat badan saya susut agar ketara..yang biasanya ialah 72 tetapi hari ini ialah 66 kg sahaja.


Abah yang bertongkat mencari kerusi kosong untuk duduk bersama isteri.Memang ramai yang bertongkat macam abah di klinik pakar tersebut.....ada yang kemalangan dan ada yang jatuh macam saya.Setelah menunggu hampir 20 minit.Nama abah dipanggil untuk masuk ke bilik no 4.Setelah berbual dengan Dr,abah diminta menanggalkan balutan dan cuba membetulkan kaki.Namun saya tidak dapat meluruskan kaki abah akibat terlalu lama berbalut.Terasa sakit dan sengal apabila Dr cuba melipatkan kaki abah.Setelah berbual dengan Dr,beliau meminta pandangan dari Ketua Dr Pakar iaitu Dr Wan.


Dr Wan melihat kepada keputusan x-ray abah dan mendapati cantuman tulang hanya baru bermula di rekahan bawah dan rekahan atas masih lagi ada ruang rekahan.Beliau meminta abah agar tidak berpijak lagi sementara menanti tulang baru tumbuh pada rekahan atas. Selain itu beliau menasihati abah agar membuat senaman fisiotrafi sendiri di rumah melalui cara yang beliau ajarkan kepada abah agar otot-otot lutut abah dapat bergerak lurus.Buat 1000 kali sehari kata beliau.


Selain itu abah diberi tambahan cuti selama 42 hari lagi iaitu sehingga 9 Januari 2012.Panjangnya cuti saya tahun ini.Itulah...sebagaimana kata-kata rAJK PIBG sekolah abah iaitu Eng Mustafa semasa beliau menziarahi abah...beliau pernah patah macam abah dan berehat dalam balutan selama 3 bulan!.Saya kena buat senaman tersebut untuk memulihkan otot lutut untuk melipat dan melurus..........kepada rakan-rakan.dan ahli keluarga abah...doakan agar abah sembuh....nak bertugas bersama rakan-rakan tahun depan.Abah akan berjumpa dengan Dr lagi pada 9 Januari 2012 iaitu Isnin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan