Selasa, 31 Januari 2012

KAMERA BARU: OLYMPUS VG 120...KEMERA LAMA ROSAK

Perkakas kamera baru aku.....
Kotak kamera baru aku....
Aku sedang beli kamera.....
Mama...Najla dan Yana...gambar pertama
He......action semasa nak test kamera baru....

Pada 30 Januari 2012....aku beli kamera baru setelah kamera lama aku yang berusia 3 tahun rosak ic LCDnya.Aku kena beli kerana tanpa kamera...banyak aktiviti bergambar tak dapat aku uploadkan ke dalam blog .....ini kerja yang aku buat.

Kamera lama aku..SONY tidak boleh ambil gambar...jadi hitam permukaannya akibat dari kesilapan aku letak kamera dalam kereta...panas dan menyebabkan ic LCDnya terbakar...jadi aku beli jenama OLYMPUS ni pulak dengan harga RM450.00...harga asalnya RM488....entahlah...murah ke tidak aku tak tahu juga.

Khamis, 26 Januari 2012

MAJLIS TAHLIL ARWAH IBU AKU

Pada 25 Januari 2012...Rabu malam Khamis...aku telah mengadakan majlis tahlil arwah ibu aku yang masuk ke tahun ke dua.Majlis ini aku buat sempena kepulangan abang aku yang dok di KULIM Kedah....dia balik pada hari raya Cina selama tiga hari.

Jadi kesempatan ini...maka aku buat majlis tahlil panggil orang kampung dan kawan-kawan lebih kurang 60 orang.......hadir sama ialah abang aku yang dok dekatFELDA sini....

ALHAMDULILLLAH...SEMUAnya berjalan dengan baik...majlis tahlil diketuai oleh Imam Hj Yusof bin Kamaruddin dan Imam Abas bin Taib....bermula lepas isyak jam 910 malam dan berakhir pada jam 1000 malam......buat makan nasi putih,lauk ayam gulai,goreng kicap ikan aya,sayur campur,tembikai,dan buat basih mulut LIMAU raya Cina....

SEMOGA ROH IBUKU TENANG DIPERSEMADIANNYA.....

AKU SEKELUARGA BALIK KAMPUNG

Keluar dari gedung kerepek
Beli kerepek...adalah juga
Menuju ke kereta....

Heeeee...sempena hari Tahun baru Cina....selepas kaki aku agak baik sedikit....aku sekeluarga tidak termasuk Harir...balik ke Kg Bapak Mertua aku di Batu Pahat.....tak lama..empat hari Jee bermula Jumaat 20 Januari hingga Isnin 23 Januari....

Aku balik bersama si Hanis,Si Yana,Si Najla dan Mama....kira okaylah juga sebab dalam keadaan kaki aku yang tak okay lagi...aku bawa anak-anak aku jalan-jalan kat Bandar Batu Pahat.....

Balik dari Batu Pahat ....jam 1000 pagi dan mama singgah sekejap dekat Perusahan Kerepek yang popular di Parit Sulong......beli kerepek untuk rakan-rakan.....sampai kat rumah aku jam 630 petang.......

Ahad, 1 Januari 2012

KEK HARI JADI YANA......KAWAN MARI MAKAN

aZRI....kawan yana
Kek Yana
Yana sedang memotong kek
Erni dan yana
Erni... Yana dan najla

Petang 31 Dis 2011,Yana dan beberapa orang rakannya berkesempatan bersama Yana memotong kek hari jadi Yana......okaylah tuuuuu.

HARI JADI YANA KE 10 TAHUN

Mama dan Najla
Yana......makan pizza
Abah......tunggu pizza
Hanis dan abg Harir....
Yana...mama dan najla
Pada 31 Dis 2011,Kami sekeluarga telah berkesempatan menyambut birthday YANA ke 10....yahun 2012 ..iaitu esok Yana jadi 11 tahun.Kebetulan Harir,anak Abah yang sulong pulang bercuti dari UITM.....jadi kami sekeluarga bolehlah sambutnya sekeluarga...makan pizza aje...tapi Yana dah sronok betul.

Abah,Mama,harir,hanis dan Najla ucapkan selamat hari kadi untuk YANA...smoga Yana dimurahkan rezeki dan panjang umur...blaja biar pandai.....